SBKS

SBKS

Gambar

Jumaat, 31 Julai 2015

Assalamualaikum semua..
Hari ini kami nak share mengenai satu masalah yang sering berlaku pada pelanggan kami iaitu masalah ANAI-ANAI

Anai-anai ni memang susah kita nak detect dia. Sebab ap ya? Sebab anai-anai ni pandai sangat. Dia datang diam-diam je. Senyap sunyi. Tahu-tahu habis rumah kita roboh sebab kena makan dengan anai-anai. Anai-anai bukan sahaja suka pada kayu malah pada kotak, buku dan sebagainya.


Kebiasaanya, sarang anai-anai ini terletak di dalam tanah iaitu busut. Hal ini demikian kerana, anai-anai amat suka dengan tempat lembap, sejuk, dan terlindung. Masalah akan muncul bila anai-anai menyerang dirumah kita dan makan perabut, dokumen, syiling rumah dan sebagainya.

Anai-anai biasanya bewarna putih, tidak bersayap dan syruktur tubuhnya lembut.

Lokasi strategik anai-anai bersarang :


  • Kerangka kayu
  • Kerangka tingkap
  •  Parquet atau lantai kayu
  • Skirting kayu
  • Syiling rumah
  • Almari
Cara Mengesan Laluan Anai-anai

  • Laluan anai-aai
Pehatikan laluan anai-anai yang akan muncul dari kerangka tingkap atau pintu dan perabut. Laluan anai-anai memang kecil. Lebih kurang sebesar pensil sahaja. Jika anda merosakkan laluan mereka, laluan ini akan dibaiki seluma dalam tempoh satu jam atau lebih bergantung pada keadaan. 

  • Perubahan warna pada tekstur kayu
Cuba anda perhatikan warna pada permukaan kayu. Sebagai contoh dari warna coklat gelap kepada coklat cerah. Sekiranya terdapat perubahan warna tersebut, maka terdapatlah serangan anai-anai pada kayu tersebut. 

  • Kelkatu
Kehadiran  kelkatu secara tiba-tiba menunjukkan anai-anai sedang mencari koloni baru. Selalunya mereka keluar dari sesuatu tempat secara tiba-tiba. 

  • Rekahan atau lubang
Anda prlu menggunakan pemutar skru,cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan tersebut. Jika Terdapat sebarang rekahan pada tepi kayu dan cubalah suluh sedikit. Jika ada selut berpasir dalam kayu terswebut aka anai-anai sudah memakannya. 

  • Bunyi Tik-Tik  
Bunyi tik-tik ini datang dari anai-anai yang menghentakkan kepalanya ke dinding kayu bagi memberi isyarat kepada rakan-rakannya mengenai bahaya yang ada. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan